Showing all 4 results

Papar Bar Sisi
Padam

Kambing Kerap (1kg)

RM39.90
  • Frozen Kambing Perap
  • Per paket 1kg 
  • Bone in lamb shoulder
  • Product HALAL 
Masukkan ke troli
-12%
promosi kombo daging ayam & lembu jono 8 items
Padam

Promosi Kombo Jono (8 item)

RM56.40 RM49.90
Promosi Kombo Jono 8 item termasuklah :
  • 5 x Jono Frankfuter Combo (3 ayam + 2 lembu)
  • 1 x Jono Chicken Chop
  • 1 x Jono Frozem Buffalo
  • 1 x Jono Bakso Daging 1kg
Masukkan ke troli
Padam

Dada Ayam Salai (200g+/-)

RM9.50
  • Dada ayam salai
  • 200g+/- per pkt
  • HALAL produk
Masukkan ke troli
Padam

Itik Salai 250g+/-

RM10.90
Itik Salai 250g+/-Halal Produk
Masukkan ke troli

Beli Daging di Malaysia Kini Lebih Mudah, Cepat & Berkualiti

Terdapat banyak pembekal makanan daging, kambing dan ayam yang timbul di laman sosial mahupun secara atas talian bak cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, adakah mereka menjaminkan kualiti produk mereka selain daripada menawarkan kemudahan pembelian itu? 

Itulah kelainan yang boleh anda dapati dengan Daging2u. Kami merupakan sebuah syarikat pembekal makanan halal yang terdiri daripada pakar industri ini dengan pengalaman selama lebih 12 tahun.

Sejarah Daging2u bermula dengan jualan atas talian dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran bahan mentah dan barang keperluan ke pintu rumah pelanggan. Tidak melupakan, kami memberi jaminan produk makanan daging, kambing dan ayam “frozen” atau segar yang berkualiti, jimat masa dan mudah untuk disimpan buat pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan memotong daging dalam bentuk kiub atau kepingan dan pembungkusan vacuum.

Walaupun produk utama kami merupakan daging, kedai online kami juga mempunyai pelbagai barangan keperluan dapur. Anda boleh beli sayur “online”, buah-buahan, makanan laut, dan banyak lagi barangan runcit. 

Sumber daging kami ada dari pembekal tempatan, tetapi juga diimport dari Australia, New Zealand, Brazil dan India. Tidak perlu khuatir lagi, kami menjamin semua produk kami bersijil kualiti dan juga halal.

Kami mendapati kebanyakan pelanggan kami merupakan warga bandar yang sudah tentunya mempunyai jadual kerja yang amat sibuk. Kebanyakan ibu-bapa terlalu sibuk untuk pergi membeli barangan keperluan dapur di pasaraya, apatah lagi untuk memasak di dapur. Memesan makanan dari luar mungkin mudah, tetapi ia akan memakan kos yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. 

Kami di Daging2u sedar dengan masalah ini, maka kami menawarkan produk daging perap juga untuk memudahkan dan mempercepatkan proses memasak anda di dapur! Malah, dengan cara ini, anda juga dapat menjamin hidangan buat seisi keluarga itu penuh khasiat. 

Suatu tren yang semakin popular sejak kebelakangan ini ialah aktiviti barbeku di rumah. Maklumlah, kita tidak dapat keluar dan bersosial, maka untuk “larikan diri” sementara dari kebosanan dan kemurungan berkurung di rumah – rakyat Malaysia memasak daging barbeku di halaman rumah ataupun di balkoni mereka. Dapatlah kita membayangkan kononnya kita sedang bercuti. Daging perap kami memang sesuai untuk aktiviti ini. Sebagai “beef supplier Malaysia” terunggul anda, kami jamin anda pasti akan menikmati stik dan daging panggang yang lazat dan berkhasiat. 

Beli daging dalam talian bukan sahaja mudah, malah ia cara yang paling selamat untuk membeli-belah. Sebab itulah kami menawarkan penghantaran produk terus ke pintu rumah anda. Pilih saja barang keperluan dapur anda dari daging, kambing, ayam “frozen” atau segar, makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, dan barangan runcit dapur dengan melayari laman web kami, dan kami akan uruskan segalanya. 

Kami di Daging2u amat berdedikasi untuk meningkatkan prestasi keselamatan, kualiti dan perkhidmatan makanan dan mengalu-alukan pelanggan untuk mengunjungi atau mengaudit kami.